Daisypath Anniversary tickers

Saturday 28 January 2012

ALLAH SWT lebih berhak menilai hambaNYA :)

"Sekiranya ALLAH sudah menakdirkan saya menjadi ahli neraka, saya redha kerana saya yakin nilaian ALLAH itu adil, tetapi saya tidak redha dengan nilaian manusia yang juga hamba seperti saya. Siapalah kamu yang berhak menentukan tempatku di neraka atau disyurgaNYA. Bagaimana jika syurga dan neraka itu sebenarnya ujian ALLAH untukmu, adakah segala kebaikan yang kamu lakukan hanya untuk dirimu bukan keranaNYA?"


Coretan ku ini tidak ku tujukan untuk sesiapa sebaliknya khas ku titipkan buat diriku ini. Kadang kadang bagiku aku terlalu cepat menilai seseorang hanya kerana dari cara berpakaian atau pekerjaannya atau keluarganya, sedangkan ALLAH SWT itu MAHA MENGETAHUI. Serahkanlah segala urusan hanya kepadaNYA. Nescaya hati akan lebih tenteram. Betapa sukarnya untuk menggapai gelaran solehah, namun itu adalah impian setiap muslimah.RENUNG2KANLAH :) 

No comments:

Post a Comment